Isnin, 19 September 2011

Vegeroni Goreng bersama Burger Ayam

Errrmmm...nak masak apa hari ni...sakit-sakit pun masih teringin nak makan makaroni goreng...tapi cari punya cari...stok makaroni takde dalam almari...sedih lah...jadi gunakan aje apa yg ada kat umah...menu ringkas dan tak ambil masa yang lama...

Bahan-bahan yang ada :


Jumpa San Remo Vegeroni satu peket

Bahan-bahan lain yang diperlukan dan sentiasa ada kat almari rumah

Bawang Holland..ada yang panggil bawang kuning..sebijik aja yg diperlukan

Ni hasilnya bawang Holland yang telah dicincang..


Bahan-bahan lain yang diperlukan :

5 ulas bawang putih (ditumbuk halus
5 keping Ramly Burger - Ayam atau daging pun boleh (digoreng dan hancurkan)
1 peket Ayamas chicken Loaf (dipotong-potong)
Kiub Ayam

Minyak masak

Vegeroni/makaroni direbus bersama sedikit garam dan minyak sehingga lembut (toskan)
Tumis bawang holland yang telah dicincang bersama bawang putih sehingga naik bau, tambahkan kiub ayam
Masukan sos spagetti (setengah botol sahaja) dan biarkan mendidih
Masukan Mix Herb dan Hot Chili (kalau nak pedas boleh letak lebih) kacau sebati
Masukan Burger Ayam yang telah di goreng hancur,Chicken Loaf, dan cendawan dalam tin (dipotong nipis) kacau lagi sehingga sebati
Masukan Pasta Vegeroni/makaroni gaul rata dan perasakan dengan garam
Akhir sekali masukan Parsley dan gaul sehingga rata...
Siap utk di hidangkan... sesiapa pun boleh masak...

Hasilnya....






Yummiii....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Dreaming is a wonderful moment