Isnin, 19 September 2011

Vegeroni Goreng bersama Burger Ayam

Errrmmm...nak masak apa hari ni...sakit-sakit pun masih teringin nak makan makaroni goreng...tapi cari punya cari...stok makaroni takde dalam almari...sedih lah...jadi gunakan aje apa yg ada kat umah...menu ringkas dan tak ambil masa yang lama...

Bahan-bahan yang ada :


Jumpa San Remo Vegeroni satu peket

Bahan-bahan lain yang diperlukan dan sentiasa ada kat almari rumah

Bawang Holland..ada yang panggil bawang kuning..sebijik aja yg diperlukan

Ni hasilnya bawang Holland yang telah dicincang..


Bahan-bahan lain yang diperlukan :

5 ulas bawang putih (ditumbuk halus
5 keping Ramly Burger - Ayam atau daging pun boleh (digoreng dan hancurkan)
1 peket Ayamas chicken Loaf (dipotong-potong)
Kiub Ayam

Minyak masak

Vegeroni/makaroni direbus bersama sedikit garam dan minyak sehingga lembut (toskan)
Tumis bawang holland yang telah dicincang bersama bawang putih sehingga naik bau, tambahkan kiub ayam
Masukan sos spagetti (setengah botol sahaja) dan biarkan mendidih
Masukan Mix Herb dan Hot Chili (kalau nak pedas boleh letak lebih) kacau sebati
Masukan Burger Ayam yang telah di goreng hancur,Chicken Loaf, dan cendawan dalam tin (dipotong nipis) kacau lagi sehingga sebati
Masukan Pasta Vegeroni/makaroni gaul rata dan perasakan dengan garam
Akhir sekali masukan Parsley dan gaul sehingga rata...
Siap utk di hidangkan... sesiapa pun boleh masak...

Hasilnya....






Yummiii....






Happy Birthday ADAM HAZIQ

Tiup sampai padam Adam

Heee...padam semua nye...gud boy...

Happy Birthday Adam Haziq yang ke-9.. besar dah anak ibu

Adam malu ke nk potong kek???


Yeee..yeeahhh...boleh makan kek...

Sambutan hari jadi anak yang ke-2 disambut lambat sedikit (sepatutnya 10/09/2011)...maklumlah sibuk dengan sambutan hari raya dan rumah terbuka sana dan sini (terima kasih yang menjemput..kenyang sebulan). Memang menjadi ruti untuk ku menyediakan juadah majlis hari jadi Adam dan anak-anak yang lain..antara menu kali ini Nasi Ayam Hainan, Spagetti Ala-Malaysia (diubah suai utk selera org malaysia, nanti free saya bagi resepi)...dan juga lain-lain menu yang ditambah oleh sepupu dan ibu metua ku...(Alhamdullilah habis semua nya)..tak sangka ramai yang datang....

Adalah indah bila menjadi seorang ibu dan isteri...

Mengenai Saya

Foto saya
Dreaming is a wonderful moment